Tuesday, December 14, 2010

KIsah Penglipur Lara 3


BERTAUBAT DIGUNUNG-GANANG GARA-GARA MELIHAT
WANITA MANDI

Dari Jabir bin Abdullah Al Anshari, dia berkata:seorang pemuda Ansar bernama Tsa'labah bin Abdurrahim masuk Islam.Dia melayani dan berkerja kepada Nabi s.a.w. Suatu hari, Rasulluah s.a.w mengutusnya sesuatu keperluan.Ketika dia melewati rumah seorang lelaki Ansar,tiba-tiba dia terlihat seoran wanita ansar sedang mandi.Dia takut turun wahyu kepada Rasulluah s.a.w mengenai kelakuannya.Lalu melarikan diri dan pergi ke gunung di antara Mekkah dan Madinah.

Selama 40 hari Nabi s.a.w tidak menjumpainya.Lalu turun Jibril kepada Nabi s.a.w dan Berkata:

"Hai Muhammad!Tuhanmu memberi salam kepadamu dan berkata kepadamu,ada seorang lelaki dari umatmu bersembunyi di sebalik gunung-ganang ini untuk berlindungi dengan-KU"

Nabi s.a.w segera mengutus Umar dan salman untuk menemui Tsa'labah dan membawanya kepada baginda,Kedua orang itu keluar dari pinggiran Madinah dan berjumpa seorang pengembala dari Madinah bernama Dzafafah.

KIsah Penglipur Lara 2


SYAITAN TAKUT KEPADA
ORANG ALIM

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w masuk melalui pintu masjid dan baginda melihat syaitan di tepi pintu itu.Baginda berkata:"Hai Iblis ,apakah yang engkau perbuat di sini?"

kata syaitan; "saya mahu masuk ke dalam masjid dan menggangu solatnya orang ini, tapi saya takut terhadap orang yang tidur didekatnya ini".

Kata Nabi s.a.w,"Hai Iblis, mengapa engkau tidak takut kepada orang yang solat ini,sedangkan dia dalam keadaan beribadah dan munajat kepada Allah,dan engkau justeru takut kepada orang yang tidur,sedangkan dia dalam keadaan lalai?"

Kata syaitan:"orang yang solat itu bodoh dan mudah diganggu, tapi yang tidur itu orang alim,sehingga kalau saya telah berjaya mengganggunya dan menjadikan solatnya rosak,maka saya khuatir bilamana orang yang alim itu terbangun akan segera membetulkan solat orang itu."
setelah itu Nabi Muhammad s.a.w bersabda"
"Tidur orang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh." (Hadith sahih)

KIsah Penglipur Lara 1








AIR MATA NABI ADAM



Diriwayatkan bahawa Nabi Adam a.s telah menangis ketika turun dari syurga selama tiga ratus tahun,dan tidak pernah mengangkat kepalanya ke langit kerana merasa malu kepada Allah SWT.

Nabi Adam merasa malu kepada Allah kerana telah melanggar larangan Allah.Dia bersujud dengan sekali sujud diatas gunung Hindi(India) selama seratus tahun,sambil menangis sehingga mengalirlah airmata dari kedua belah matanya ke lembah sarabdib

Disebabkan arus ari mata Nabi Adam , lembah tersebut menjadi subur.Lalu Allah menubuhkan dilembah itu dua jenis tanaman kayu manis dan cengkih.Burung-burung dan berbagai-bagai jenis bintang dapat meminum dari air mata Nabi adam itu.Burung-burung itu berkata,"Kita belum pernah minum minuman yang lebih lazat daripada itu."

Nabi Adam mengira bahawa burung-burung itu sengaja menghina kerana dia berbuat derhaka kepada Allah.Tetapi Allah menurukan wahyu kepadanya:"Hai Adam.Aku tidak menciptakan minuman yang lebih lazat dan lebih agung dari air mata orang-orang derhaka."

Sunday, December 12, 2010

LatelY


Hai sume Cory Lama X post ape2..ckrng ni buzy Sikit nak Update Blog sekolah Dan Dpt Tender dari PSS..Lgu Ni DEnGar Pun SedaPP..SeSedap Rasaa...:)

Saturday, April 17, 2010

Tranform XP to Vista


Tukar theme desktop xp anda kpd new version iaitu windows vista..semoga berjaya

Sinopsis Novel RenYah

Datuk Dolhi risau akan anak-anaknya yang tidak menunjukkan minat untuk menyambung dan menguruskan perniagaanya.Malah,anak-ananknya lebih senang memilih jalan mereka sendiri.Misalnya,Hasnol lebih sayang akan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik,Ihlam sibuk dengan perjuangan alam sekitarnya dan sebagai penyair,Mukhlis bergerak dengan kumpulannya ajaran sesat,Amera tekun dengan kerjaya sebagai pendidik,dan Dani pula sibuk sebagai artis rock.

Suatu hari,Datuk Dolhi berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa Ilham telah menghasut orang-oarang penan untuk membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakan di sarawak.Lantaran itu,beliau pergi ke jepun untuk berehat.Di Jepun,beliau ditemani Wahi, iaitu anaknya dengan Mastura.Beliau memberitahu Wahi akan perkara sebenar,iaitu Wahi adalah anaknya tetapi perkara itu telah diketahui oleh Wahi.Sewaktu mahu pulang,Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia ingin berkahwin dengan gadis Jepun.Datuk Dolhi memberikan restunya kepada Wahi.Setelah kembali ke tanah air,Datuk Dolhi menghadapi pelbagai masalah dengan anak-anaknya seperti Hansol didakwa menerima rasuah,Dani terlibat dengan dadah,dan ilham telah lari ke luar negara kerana di buru pihak berkuasa.Muklis pula hidup merempat dan menjadi gila.Cuma Amera sahaja yang menggembirakan hati Datuk Dolhi dan berkahwin dengan YB Wahab

Masalah yang berlaku pada anak-anaknya telah dapat diselesaikannya.Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan akan menghantar Dani ke pusat pemulihaan.Datuk DOlhi juga mencari Mukhlis dan akhirnya menemui Mukhlis yang terlantar di hospital.Hasnol juga telah kembali ke tanah air dan disambut oleh Datuk Dolhi sekeluarga.

Wahi telah kembali ke tanah air dan disambut oleh Datuk Dolhi sekeluarga.Datin Tominah juga menerima Wahi dan isteri,iaitu Yuka.Akhirnya,Datuk Dolhi mengumunkan Wahi sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding.setelah sebahagian masalah keluarganya selesai,Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah bersama dengan isterinya.

Thursday, April 15, 2010

download Youtube atau mana2 video kat semua website



Sekarang ni mane2 sofware download youtube..tidak boleh didownload lagi...tapi masih ada cara. lagi untuk andai download video di youtube..try cuba download Realplayer SP kat filehippo...atau mana website..pasti menjadi punyer ...selain itu realplayer juga boleh download mana2 video kat mana2 website..



cara2 download

- sudah download...pandai2 la install sendiri...


-jika u all sudah install...anda pergi ke youtube dan klik pada video yang ingin di download pada hujung video muncul download this video...semoga berjaya..


-jika tidak berhasil try berulangkali...