Tuesday, December 14, 2010

KIsah Penglipur Lara 2


SYAITAN TAKUT KEPADA
ORANG ALIM

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w masuk melalui pintu masjid dan baginda melihat syaitan di tepi pintu itu.Baginda berkata:"Hai Iblis ,apakah yang engkau perbuat di sini?"

kata syaitan; "saya mahu masuk ke dalam masjid dan menggangu solatnya orang ini, tapi saya takut terhadap orang yang tidur didekatnya ini".

Kata Nabi s.a.w,"Hai Iblis, mengapa engkau tidak takut kepada orang yang solat ini,sedangkan dia dalam keadaan beribadah dan munajat kepada Allah,dan engkau justeru takut kepada orang yang tidur,sedangkan dia dalam keadaan lalai?"

Kata syaitan:"orang yang solat itu bodoh dan mudah diganggu, tapi yang tidur itu orang alim,sehingga kalau saya telah berjaya mengganggunya dan menjadikan solatnya rosak,maka saya khuatir bilamana orang yang alim itu terbangun akan segera membetulkan solat orang itu."
setelah itu Nabi Muhammad s.a.w bersabda"
"Tidur orang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh." (Hadith sahih)

0 comments: