Tuesday, December 14, 2010

KIsah Penglipur Lara 1








AIR MATA NABI ADAM



Diriwayatkan bahawa Nabi Adam a.s telah menangis ketika turun dari syurga selama tiga ratus tahun,dan tidak pernah mengangkat kepalanya ke langit kerana merasa malu kepada Allah SWT.

Nabi Adam merasa malu kepada Allah kerana telah melanggar larangan Allah.Dia bersujud dengan sekali sujud diatas gunung Hindi(India) selama seratus tahun,sambil menangis sehingga mengalirlah airmata dari kedua belah matanya ke lembah sarabdib

Disebabkan arus ari mata Nabi Adam , lembah tersebut menjadi subur.Lalu Allah menubuhkan dilembah itu dua jenis tanaman kayu manis dan cengkih.Burung-burung dan berbagai-bagai jenis bintang dapat meminum dari air mata Nabi adam itu.Burung-burung itu berkata,"Kita belum pernah minum minuman yang lebih lazat daripada itu."

Nabi Adam mengira bahawa burung-burung itu sengaja menghina kerana dia berbuat derhaka kepada Allah.Tetapi Allah menurukan wahyu kepadanya:"Hai Adam.Aku tidak menciptakan minuman yang lebih lazat dan lebih agung dari air mata orang-orang derhaka."

0 comments: